The Flying Dutchman dianggap sebuah
kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan
perairan yang bergelora.Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik
saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya.Bagi ahli-ahli
pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying
Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini
akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran
dengan mereka.
Mengikut fakta ,The Flying Dutchman
adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah
disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan.Konon ceritanya,
Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi
jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya
Sehingga kini kapal The Flying Dutchman
akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu
mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi
mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal
mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The
Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika
.Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang
amat digeruni.
Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah
bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi
yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini
dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai
Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah
ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali
terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town
di bulan agustus 1942.
Bahkan ada suatu catatan kisah tentang
pelayaran Christoper Columbus , waktu itu krew kapal Columbus melihat
ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu
krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal
tidak lama kemudian.
Dibawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :
1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman
1835 : Sebuah kapal dagang British yang
dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah
muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri
itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.
1881 : Tiga orang anak kapal HMS
Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang
berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang
daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga
pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi
mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.
1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah
pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal
dan hilang dengan secara tiba-tiba.
1941 : Seorang pengunjung di pantai
Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu
karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.
1942 : Empat orang saksi telah melihat
sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang
pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.
1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal
Inilah antara secebis kisah penampakan
dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan. dan sehingga kini
terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying
Dutcman .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar